“Bahagian Masing-masing, Ini Bahagian Kami” – Keguguran Anak Pertama, Mia Ahmad Luah Perasaan Kecewa Di Instagram
Setelah mendirikan rumah tangga, rata-rata pasangan suami isteri pastinya mahukan untuk menimang cahaya mata mereka sendiri, lebih-lebih lagi isteri yang mahu melahirkan zuriat untuk suaminya yang tercinta.
Namun, itu semua bergantung kepada rezeki masing-masing kerana bukanlah semua yang telah berkahwin akan serta-merta dapat menimang cahaya mata. Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun lamanya dan ada pula yang terpaksa mengambil anak angkat semata-mata.
Terbaru, pelakon Mia Ahmad telah berkongsi kisah sedih dirinya yang belum ditakdirkan untuk bergelar ibu apabila mengalami keguguran ketika bercuti di London, United Kingdom, baru-baru ini.
Ibu rela….
Bahagian masing-masing, ini bahagian kami
At least saya masih ada Allah SWT dan suami
Kita hanya mampu merancang
Komen-komen netizen
Sumber: http://www.ohmymedia.cc