Beristeri Dua! Zarul Umbrella Kongsi Rahsia Indahnya Poligami


Nampaknya peminat drama tempatan akan beralih untuk minat pada drama terbaru ini. Tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai pelakon utama bakal ditayangkan. Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.


Sinopsis


Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel (Zarul) dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata .Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.


Menurut laporan dari Utusan Online, Syarikat produksi Orangtree Production tampil mempertaruhkan drama Syurga Yang Kedua dalam memartabatkan hidup berpoligami yang menjadi mimpi ngeri kebanyakan wanita bergelar isteri.

Zarul berkongsi sedikit pengalamannya sepanjang penggambaran tentang indahnya poligami.

“Meskipun bermadu, tidak semestinya pengalaman yang dilalui oleh golongan tersebut pahit untuk ditelan. Sebaliknya, ada bahagiannya yang cukup manis untuk dirasai dan dinikmati bersama-sama.

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

“Dengan curahan kasih sayang secukupnya, ditambah pula sikap suami yang mengamalkan keadilan sebaik-baiknya, insya-Allah kehidupan berpoligami akan dipermudahkan,” katanya.

Nampaknya Zarul dapatlah merasa bagaimana kehidupan bermadu. Seperti yang dia nyatakan, tidak semestinya pengalaman yang dilalui oleh golongan tersebut pahit untuk ditelan.

Sumber: Hangat.com
close
close